Thursday, April 26, 2012

Bersih Debate Video : Khairy vs Ambiga


A ninety minutes debate has been take place between YB Khairy Jamaluddin (Umno Youth Chief) and Datuk S.Ambiga (Bersih Co-Chairman) over electoral reforms. The debate with the title “Electoral Reform : Is Enough Being done ? “ saw the attendance about more than 1000 people was held in The Club,Bukit Utama on 25 April 2012.  The debate kicks off with the two spokes up on Election Commission (EC) topics, poll practices by EC,  Voters Statistics and others matters.

Ambiga has repeatedly quoted on the statistics gathered by UCSI political analyst Ong Kian Ming in his finding from the Malaysia Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

On the other hand, KJ countered with actual scenario on the figure release by EC earlier and accused Ambiga several times of misinterpreting the fact. He also attacked Ambiga on her unwillingness to cooperate with EC.

Overall , KJ’s debate reveals to be fairly strong, relevant and unarguable.

At the end of the debate, the floor has been open the audience and some members even question matters unrelated to the poll.

Kindly watch video's below for the overall scenario of the intense debate.


PART 1


PART 2 


PART 3


PART 4

Xpertist will comes up with overall analyst of the debate in the next posting.

Friday, April 20, 2012

Manifesto Pakatan untuk PRU 13?

Apakah janji Pakatan selepas ini ? Adakah mereka akan tampil dengan satu manifesto pendidikan sebegini rupa selepas memansuhkan PTPTN ? Fikirkan lah.

Monday, April 16, 2012

Pakatan Rakyat mengarahkan MPSJ bertindak sebagai Ah Long?

Xpertist memetik berita di bawah ini dari mymassa dan antarapos. Pesoalan disini, dimanakah janji Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai pintu sebanyak 20% di Selangor.  Sekarang PR sibuk pula dengan satu lagi janji kosong untuk mansuhkan PTPTN demi kepentingan politik mereka. 

Mana janji nak turun cukai pintu?

Post Pic
SUBANG JAYA: Kalau janji tak ditepati, jangan harap boleh menang lagi! Itulah jawapan penduduk Puchong berhubung janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai taksiran pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Penduduk yang ditemui melahirkan rasa kecewa kerana apa yang diharapkan dalam manifesto selepas memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, tidak kesampaian. Ternyata ia adalah umpan politik untuk meraih undi penduduk.

Bukan sahaja gagal menurunkan kadar cukai pintu sebanyak 20 peratus kediaman dan 10 peratus permis komersil, malah penduduk dihambat jika lewat membayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hari ini, enam permis kediaman penduduk disita, empat lagi pemilik disita barangan, manakala lima lagi menjelaskan tunggakan mereka dalam Operasi Sitaan Cukai Taksiran oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Dalam keadaan kebingungan, penduduk tertanya-tanya apakah nasib mereka seterusnya, jika kerajaan Pakatan Rakyat terus membohongi rakyat untuk mengambil alih tampok pemerintahan negara.

Seorang penduduk Bandar Puteri Puchong, Chan Boon Ngah, 40, melahirkan rasa kecewa dan terkilan apabila kerajaan negeri gagal melaksanakan janji untuk mengurangkan cukai pintu.

Malah, tambahnya janji dalam manifesto itu hanyalah 'cakap kosong' kerajaan Pakatan Rakyat untuk meraih undi rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Saya tengok dalam notis cukai taksiran dihantar kepada saya mana ada tulis pengurangan cukai pintu,  sepatutnya mesti ada, macam ini mana boleh, kalau berjanji tetapi tidak ditepati susahlah.

“Kerajaan tipu tak apa..., tapi rakyat akan ingat bila nak mengundi nanti," katanya ketika ditemui dalam operasi membabitkan 11 pegawai penguatkuasa hari ini.

Bagi, Hamidah Arifin, 52, penduduk di Flat Bandar Puteri Puchong, beliau mendapati dalam notis cukai taksiran yang diterimanya tidak dinyatakan langsung mengenai pengurangan cukai pintu sejak 2008 lalu.

"Saya terima notis cukai taksiran setiap enam bulan sekali dan perlu bayar RM157,00 untuk setahun. Saya tengok dalam resit yang  diterima tiada sebarang pengurangan cukai pintu.

"Mana janji Pakatan Rakyat, kata nak turun cukai pintu, ini tiada langsung, kita bukannya orang senang," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Hasil MPSJ, Sharifah Rohaida Abdul Rahman yang mengetuai operasi terbabit memberitahu, pihaknya telahpun berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor mengenai pengecualian cukai taksiran kediaman dan premis komersil seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun, katanya, mengikut tanggungan yang terpaksa dihadapi pihak PBT, adalah mustahil pengurangan itu dapat dilaksanakan pada ketika ini.

"Ia akan merencatkan pembangunan infrastruktur yang akan dilaksanakan di daerah ini, termasuk penyelenggaran kutipan sampah dan MPSJ baru sahaja menjangkau usia 15 tahun pentadbiran.

"Pengurangan cukai kediaman dan komersial sebanyak 20 peratus sangat tinggi, mungkin pada masa akan datang mereka (kerajaan negeri) akan laksanakan itu kita tidak tahulah," ujarnya.

Beliau terpaksa melaksanakan tindakan itu berikutan jumlah tunggakan yang masih belum dijelaskan melebihi RM100 juta, berbanding hanya RM72.2 juta yang telah membayar cukai masing-masing. MPSJ mensasarkan RM175 juta kutipan cukai taksiran, tahun ini.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wmcphj

MyMassa tak perlu ulas panjang mengenai hal ini.

Rakyat Selangor lebih arif kerana penurunan cukai pintu sebanyak 20% adalah janji pilihan raya PKR bersama PAS pada tahun 2008.



Belum pun janji tahun 2008 mereka tunaikan, mereka kini datang lagi dengan janji yang lebih besar iaitu ingin mansuhkan PTPTN.

Nilai janji mereka kepada rakyat hanyalah untuk menang pilihan raya. Lepas berkuasa, mereka akan kembali dengan janji-janji baru untuk memastikan mereka kekal berkuasa sedangkan janji lama pun belum tertunai lagi.



*Ciri-ciri orang munafik, bila berjanji mereka mungkiri.

Monday, April 9, 2012

Demo untuk PTPTN? Unisel & Kuis harta PR.


PR menyatakan sokongan untuk demo PTPTN , tetapi lupa tentang Unisel & Kuis. Adakah ini kerana Unisel & Kuis memberi sumbangan kepada akaun persendirian pemimpin-pemimpin PR? 

Sebelum mengritik pasal jalan di depan rumahmu, betulkan lah pintu rumah mu dulu !!!! Sebelum berdemo untuk PTPTN , bagi pendidikan percuma di Unisel & Kuis dulu !!!

Sebenarnya ini merupakan niat palsu dan satu lagi permainan politik mereka untuk memansuhkan PTPTN. Kalau betul hasrat mereka itu murni dan bukan politik, mansuhkan yuran kepada pelajar UNISEL dan Kolej Islam Selangor yang berada dibawah kuasa kerajaan Negeri Selagor.

Baru-baru ini Menteri Besar kata, Selangor banyak duit. Kalau betul banyak duit, kalau betul sangat nak jadi juara kepada orang muda kononnya, bagi pendidikan percuma di Selangor dulu. Beri pinjaman secara percuma melalui Yayasan Selangor yang juga berada dibawah kuasa kerajaan Negeri.

Ini merupakan taktik terbaru PR sebagai umpan pilhan raya semata-mata. Satu lagi gimik mereka untuk menarik perhatian rakyat dengan cadangan dan janji-janji kosong. Kalau mereka ikhlas nak bantu, buktikan dahulu di Selangor khususnya pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS. Jika tidak, ia merupakan satu penipuan dan sandiwara yang jelas dan nyata, semata-mata untuk mengumpan undi dari rakyat khususnya dari golongan anak-anak muda.



 
Berita dari laman selangorku :

“SHAH ALAM 08 APRIL : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan memberi sokongan penuh pada demo Anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan diadakan pada 14 April depan.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK akan mengerakkan seluruh jenteranya sendiri bagi menyokong mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman PTPTN itu.
“Dalam perbincangan bersama aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim semalam, kami membuat keputusan untuk turun padang bersama mahasiswa dan mangsa PTPTN itu sendiri sebagai rangsangan terhadap mereka,” katanya.
Demo Anti PTPTN itu akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
Sebelum ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman PTPTN akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Tambah Shamsul, AMK akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) sebelum demo itu bagi membincangkan mengenainya.
Katanya, AMK juga akan bergabung tenaga dengan DPP dalam demo itu nanti.
“Dataran itu akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung pemansuhan pinjaman PTPTN.
“Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN,” katanya.
Perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.”

Kalau ikhlas niat Angkatan Muda Keadilan ( AMK) berdemo demi golongan muda,berdemo di hadapan pejabat kerajaan Negeri Selangor dahulu !

Sebelum berdemo untuk PTPTN , beri pendidikan percuma di Selangor dahulu !!!