PR
menyatakan sokongan untuk demo PTPTN , tetapi lupa tentang Unisel & Kuis.
Adakah ini kerana Unisel & Kuis memberi sumbangan kepada akaun persendirian
pemimpin-pemimpin PR?
Sebelum
mengritik pasal jalan di depan rumahmu, betulkan lah pintu rumah mu dulu !!!!
Sebelum berdemo untuk PTPTN , bagi pendidikan percuma di Unisel & Kuis dulu
!!!
Sebenarnya
ini merupakan niat palsu dan satu lagi permainan politik mereka untuk
memansuhkan PTPTN. Kalau betul hasrat mereka itu murni dan bukan politik,
mansuhkan yuran kepada pelajar UNISEL dan Kolej Islam Selangor yang berada
dibawah kuasa kerajaan Negeri Selagor.
Baru-baru
ini Menteri Besar kata, Selangor banyak duit. Kalau betul banyak duit, kalau
betul sangat nak jadi juara kepada orang muda kononnya, bagi pendidikan percuma
di Selangor dulu. Beri pinjaman secara percuma melalui Yayasan Selangor yang juga
berada dibawah kuasa kerajaan Negeri.
Ini
merupakan taktik terbaru PR sebagai umpan pilhan raya semata-mata. Satu lagi gimik
mereka untuk menarik perhatian rakyat dengan cadangan dan janji-janji kosong. Kalau mereka ikhlas nak bantu, buktikan
dahulu di Selangor khususnya pelajar-pelajar di Unisel dan KUIS. Jika tidak, ia
merupakan satu penipuan dan sandiwara yang jelas dan nyata, semata-mata untuk
mengumpan undi dari rakyat khususnya dari golongan anak-anak muda.
Berita
dari laman selangorku :
“SHAH ALAM 08 APRIL : Angkatan Muda Keadilan (AMK)
akan memberi sokongan penuh pada demo Anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) yang akan diadakan pada 14 April depan.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK
akan mengerakkan seluruh jenteranya sendiri bagi menyokong mahasiswa dan
‘mangsa’ hutang pinjaman PTPTN itu.
“Dalam perbincangan bersama aktivis mahasiswa Adam
Adli Abd Halim semalam, kami membuat keputusan untuk turun padang bersama
mahasiswa dan mangsa PTPTN itu sendiri sebagai rangsangan terhadap mereka,”
katanya.
Demo Anti PTPTN itu akan diadakan di Dataran
Merdeka bermula jam 2 petang.
Sebelum ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
mensasarkan 5,000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman PTPTN akan turun
berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Tambah Shamsul, AMK akan
mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) sebelum demo itu bagi
membincangkan mengenainya.
Katanya, AMK juga akan bergabung tenaga dengan DPP
dalam demo itu nanti.
“Dataran itu akan dijadikan sebagai medan
perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung pemansuhan pinjaman
PTPTN.
“Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa
mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan
mansuhkan PTPTN,” katanya.
Perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan
memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan
agama, bermula tadika sehingga PhD.”
Kalau ikhlas
niat Angkatan Muda Keadilan ( AMK) berdemo demi golongan muda,berdemo di
hadapan pejabat kerajaan Negeri Selangor dahulu !
Sebelum berdemo
untuk PTPTN , beri pendidikan percuma di Selangor dahulu !!!
No comments:
Post a Comment