Monday, April 16, 2012

Pakatan Rakyat mengarahkan MPSJ bertindak sebagai Ah Long?

Xpertist memetik berita di bawah ini dari mymassa dan antarapos. Pesoalan disini, dimanakah janji Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai pintu sebanyak 20% di Selangor.  Sekarang PR sibuk pula dengan satu lagi janji kosong untuk mansuhkan PTPTN demi kepentingan politik mereka. 

Mana janji nak turun cukai pintu?

Post Pic
SUBANG JAYA: Kalau janji tak ditepati, jangan harap boleh menang lagi! Itulah jawapan penduduk Puchong berhubung janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai taksiran pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Penduduk yang ditemui melahirkan rasa kecewa kerana apa yang diharapkan dalam manifesto selepas memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, tidak kesampaian. Ternyata ia adalah umpan politik untuk meraih undi penduduk.

Bukan sahaja gagal menurunkan kadar cukai pintu sebanyak 20 peratus kediaman dan 10 peratus permis komersil, malah penduduk dihambat jika lewat membayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hari ini, enam permis kediaman penduduk disita, empat lagi pemilik disita barangan, manakala lima lagi menjelaskan tunggakan mereka dalam Operasi Sitaan Cukai Taksiran oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Dalam keadaan kebingungan, penduduk tertanya-tanya apakah nasib mereka seterusnya, jika kerajaan Pakatan Rakyat terus membohongi rakyat untuk mengambil alih tampok pemerintahan negara.

Seorang penduduk Bandar Puteri Puchong, Chan Boon Ngah, 40, melahirkan rasa kecewa dan terkilan apabila kerajaan negeri gagal melaksanakan janji untuk mengurangkan cukai pintu.

Malah, tambahnya janji dalam manifesto itu hanyalah 'cakap kosong' kerajaan Pakatan Rakyat untuk meraih undi rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Saya tengok dalam notis cukai taksiran dihantar kepada saya mana ada tulis pengurangan cukai pintu,  sepatutnya mesti ada, macam ini mana boleh, kalau berjanji tetapi tidak ditepati susahlah.

“Kerajaan tipu tak apa..., tapi rakyat akan ingat bila nak mengundi nanti," katanya ketika ditemui dalam operasi membabitkan 11 pegawai penguatkuasa hari ini.

Bagi, Hamidah Arifin, 52, penduduk di Flat Bandar Puteri Puchong, beliau mendapati dalam notis cukai taksiran yang diterimanya tidak dinyatakan langsung mengenai pengurangan cukai pintu sejak 2008 lalu.

"Saya terima notis cukai taksiran setiap enam bulan sekali dan perlu bayar RM157,00 untuk setahun. Saya tengok dalam resit yang  diterima tiada sebarang pengurangan cukai pintu.

"Mana janji Pakatan Rakyat, kata nak turun cukai pintu, ini tiada langsung, kita bukannya orang senang," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Hasil MPSJ, Sharifah Rohaida Abdul Rahman yang mengetuai operasi terbabit memberitahu, pihaknya telahpun berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor mengenai pengecualian cukai taksiran kediaman dan premis komersil seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun, katanya, mengikut tanggungan yang terpaksa dihadapi pihak PBT, adalah mustahil pengurangan itu dapat dilaksanakan pada ketika ini.

"Ia akan merencatkan pembangunan infrastruktur yang akan dilaksanakan di daerah ini, termasuk penyelenggaran kutipan sampah dan MPSJ baru sahaja menjangkau usia 15 tahun pentadbiran.

"Pengurangan cukai kediaman dan komersial sebanyak 20 peratus sangat tinggi, mungkin pada masa akan datang mereka (kerajaan negeri) akan laksanakan itu kita tidak tahulah," ujarnya.

Beliau terpaksa melaksanakan tindakan itu berikutan jumlah tunggakan yang masih belum dijelaskan melebihi RM100 juta, berbanding hanya RM72.2 juta yang telah membayar cukai masing-masing. MPSJ mensasarkan RM175 juta kutipan cukai taksiran, tahun ini.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wmcphj

MyMassa tak perlu ulas panjang mengenai hal ini.

Rakyat Selangor lebih arif kerana penurunan cukai pintu sebanyak 20% adalah janji pilihan raya PKR bersama PAS pada tahun 2008.



Belum pun janji tahun 2008 mereka tunaikan, mereka kini datang lagi dengan janji yang lebih besar iaitu ingin mansuhkan PTPTN.

Nilai janji mereka kepada rakyat hanyalah untuk menang pilihan raya. Lepas berkuasa, mereka akan kembali dengan janji-janji baru untuk memastikan mereka kekal berkuasa sedangkan janji lama pun belum tertunai lagi.



*Ciri-ciri orang munafik, bila berjanji mereka mungkiri.

No comments: