Xpertist : “Rakyat selangor
boleh hidup bersama sampah buat sementara” , itulah maksud artikel dibawah yang
dipetik oleh xpertist daripada sebuah laman milik kerajaan PR Selangor
baru-baru ini.
Laman Selangorku : “Menurut Timbalan Pengarah Unit Perancang
Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Azhar Mohd Ali, masalah yang berlaku sebelum
ini hanyalah bersifat sementara sebelum
kontraktor terbabit dapat mengenal pasti kawasan kutipan sampah.”
Xpertist : Adakah alasan ini
munasabah ? Kononnya kontraktor tidak dapat mengenal pasti kawasan .
Persoalannya disini, bagaimanakah kontrak tersebut diberikan kepada
kontraktor-kontraktor yang tidak dapat mengesan kawasan kutipan.
Siapa kontraktor-kontraktor ini ?
Adakah mereka ini knoni-kroni Pakatan Rakyat
?
*
Alasan tidak dapat mengenalpasti kawasan kutipan dengan jelas merupakan
suatu alasan yang remeh dan tidak bertanggungjawab dan bukanlah suatu alasan
yang sepatutnya diberikan oleh UPEN. Persoalannya kini adalah bagaimana suatu
kontrak boleh diberi begitu sahaja kepada kontraktor yang tidak kenal kawasan
tersebut memandangkan Kontraktor yang mengambil alih sesuatu kawasan merupakan
kontraktor tempatan yang arif tentang kedudukan kawasan kutipan di negeri
Selangor.
Laman Selangorku :
“Bila kontraktor baru, dia tak tahu kawasan mana nak kutip atau rumah mana nak
kutip. Cuma peringkat awalnya kira ada yang tersesat.
Xpertist : Ini seumpama “ Bagi masa untuk
kontraktor-kontraktor belajar berenang dulu sebelum mereka menyelam”.
Wahai kerajaan PR
!!! Kalau nak hantar peserta untuk menyelam, tolong hantar penyelam
bukannya kroni yang baru nak belajar berenang.
* Tidak mungkin
timbul isu tersesat pada peringkat awal bagi sesuatu kontraktor yang mengambil
alih kontrak kutipan sampah kerana autoriti yang memberikan kontrak pasti telah
menjelaskan kawasan-kawasan kutipan (preamble of location) sebelum
memberikan kontrak tersebut kepada kontraktor tersebut. Alasan tidak
bertanggungjawab ini menunjukkan dengan jelas sikap pemimpin yang tidak
mendahulukan kepentingan rakyat sama sekali.
Wahai kerajaan PR
!!! Uruskan sampah di Selangor dengan betul dulu sebelum berdemostrasi untuk
BERSIH !!!
Apakah nasib
Rakyat Selangor jika PR terus memerintah Negeri Selangor ?
Selamatkan Negeri
Selangor !!! #SAVEselangor !!!!
No comments:
Post a Comment